Search This Blog

Friday, August 6, 2010

Nukilanku

Semua telah kau tempuhi...
Mencari redha Ilahi...
Perjuangan yang kau yakin dan pasti...
Demi cinta hakiki...

 Ranjau nan berduri...
Tak pernah menghalangi...
Bagi menyingkap tembok utuh berdiri...
Suatu hari memakan diri...
Dicipta yahudi dan nasrani....

Tanah itu, tanah kami...
Rumah itu, rumah Allah!!!..
Rumah itu, rumah kami...
Tanah itu, Umar wakaf!!!...

Apa yang mereka tahu...
Apa yang kita tahu...
Oh, hanya kedegilan di benak fikiran mereka...

Jangan ibu kira sapu lagi air mata...
Jangan ayah kesat darah di badan..
Kerana setiap yang gugur...
Yang maha kuasa mengetahuinya...

Yang pergi ibu....biarkan jiwa itu aman...
Bukankah mereka tersenyum...
Yang berlalu ayah...biarkan peristiwa itu...
Bukankah mereka disayangi Allah...
Hidupmu kini....
Merintih semangat yang jitu...
Jiwamu kini...
Mengongoi pengisian yang padu...

Siapa?...
Berapa?...
Dan bila?...

Telah ditentukan...
Yang Maha Kuasa...
Ketibaan pertolongan...
Setelah lama kau bersengketa....
Bersenjatakan Doa...
Peluru air mata....
Dan kemenangan....
Syahid.....

Akhirul Zaman

TAKWA DAN PERPADUAN ASAS KESELAMATAN DI AKHIR ZAMAN
Ertinya:
Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi
KeteranganHadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:
Pertama: Hendaklah ia menlazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.
Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-surmah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.
Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.  
Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah)

wali Allah

KISAH WALI ALLAH YANG SOLAT DI ATAS AIR


















Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia saja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.


Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"


Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."


Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan meng hampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.


Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."


Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.




Mencari Cinta Ilahi..

Nukilanku..

Ya Allah..Ya Rabbi..
Hati ini merindukanMu..
Diri ini ingin benar bertemu denganMu..
Dalam diri yang penuh keimanan..
Sungguh hati ini khuatir dalam pengabdianku
Banyak kekurangan yang ku lakukan..
Ya Allah aku ingin jadi hambamu yang bertaqwa
Aku ingin jadi hambamu yang terlalu menyintaiMu
Seteguh kasih Rasullulah
Seikhlas kasih Rabiatul Adawiyah
Aku ini hambamu yang lemah
Sering sahaja tersungkur ke lembah hina
Tanpamu semakin lama aku disitu menikmati nikmat yang sebentar
TanpaMu pasti aku dibuai keindahan yang tidak pasti
Aku disedarkan
Alhamdulillah ya Allah
Kau biarkan resahku berlalu pergi
Kau jauhkan aku dari kekufuran

Hati ini sering tertunggu-tunggu
Bilakah kita kan bertemu
Hati ini bertanya
Adakah layak diri ini bersua denganMu
Tetapi itu adalah idamanku selama ini
Bertemu dan melihat dzatMu yang maha agung itu
Melihat yang selama ini bermain dibenak fikiranku
Siapakah penciptaku yang menjadikan diri ini
Yang menciptakan dunia dan alam semesta ini
Bilakah kita akan berjumpa
Ya Allah aku benar-benar ingin bertemu denganMu
Dengan hati ini dan diri ini yang dibaluti dengan keimanan yang teguh
Tanpa ragu-ragu dan kesangsian
Izinkanlah aku ya Allah
Rahmatilah hidupku Ya Allah
Berkatilah hidupku Ya Allah
Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur
Di atas segala nikmat kurniaanMu
Selagi sisa hidup masih ada
Jadikanlah aku seorang hambaMu yang taat setia
Menyegerakan,menyempurnakan,menjalankan segala
Tanggungjawabku terhadapMu agar tiada
Jarak juga tembok yang bakal memisahkan kita
Dikala ini dan  suatu hari yang pasti..
 

kisah seorang yang warak

Syeikh Mazar Saadi rah.alaih,seorang yang terkenal dan warak. Beliau asyik menangis selama empat puluh tahun disebabkan mencintai dan merindui ALLAH S.W.T. Pada suatu malam beliau melihat di alam mimpinya beberapa orang perawan di tepi pohon mutiara yang berantingkan emas di tebing sebatang anak sungai yang jernih dari cecair kasturi yang harum baunya. Perawan-perawan itu berzikir memuji-muji ALLAH S.W.T. Beliau bertanya siapakah gerangan mereka itu. Sebagai menjawab mereka membaca dua rangkap pantun yang bermaksud: " Bahawa mereka diciptakan oleh Pemberi Rezeki dan Tuhan Muhammad S.A.W. Ianya disediakan untuk mereka yang berdiri bermunajat kepada ALLAH S.W.T sepanjang malam dan sujud bersyukur kepada-Nya.

Thursday, August 5, 2010

Kisah kehidupan seorang yang warak

Syeikh Abdul Wahid ( rahmahtullahi 'alaih ) berkata bahawa pada suatu hari beliau diselubungi ngantuk hingga beliau tertidur sebelum selesai berzikir untuk malam itu.... Dalam mimpi beliau melihat seorang wanita yang amat cantik berpakaian sutera hijau.... Keseluruhan badannya dan kasutnya pun turut berzikir.... Wanita tersebut bertanya pada beliau adakah cita-cita beliau untuk memilikinya dan menyintainya....kemudian di bacanya beberapa rangkap pantun yang menyatakan keinginan mempunyai seorang kekasih...apabila beliau terjaga dari tidurnya, beliau berazam untuk tidak mahu tidur lagi pada waktu malam...adlah di khabarkan, bahawa selama 40 tahun genap beliau tidak pernah tidur  malam dan beliau mengerjakan solat isya' dan subuh dengan wuduk yang sama....Subhanallah...

hadis rasulullah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w membaca ayat ini: Yang bermaksud:  Pada hari itu bumi menceritakan beritanya. Kemudian baginda bertanya: Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti? Para sahabat menjawab: Allah s.w.t. dan RasulNya yang lebih mengetahui. 
Baginda s.a.w. bersabda: 
"Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya. Bumi akan berkata: Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi." (Hadis riwayat Imam Tirmizi). 
Kesimpulan Hadis: 
1- Dorongan supaya melakukan amalan soleh dan menjauhkan diri dari melakukan maksiat. 
2- Kemampuan Allah s.w.t menjadikan benda-benda yang keras dapat bercakap di mana bumi akan memberi saksi terhadap setiap perkara yang berlaku. 
3- Larangan keras terhadap orang yang melakukan maksiat, walaupun dia jauh dari pandangan orang lain tetapi bumi tetap akan memberi saksi di hadapan Allah s.w.t yang menjadi hakim di hari kiamat kelak.